Friday, February 18, 2011

Bentuk-bentuk Syafaat Rasulullah S.A.W

Entry kali ni berkisar tentang ISLAM...( sumber: Majalah SOLUSI )

Syafaat merupakan tandaa ketinggian darjat Rasulullah S.A.W di sisi Allah..Allah telah menjanjikan syafaat ini sejak Baginda s.a.w masih di dunia lagi : 'Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga kamu menjadi puas.' ( Surah al-Duha 93:5 ). Hasan al-Basri dan ulama yang lain menjelaskan bahaawa kurnia yg Allah berikan kepada Rasulullah S.A.W itu tidak lain adalah syafaat seluas-luasnya untuk menyelamatkan umatnya daripada seksaan neraka.. Pendapat Imam Ja'afar al-Sadiq, ayat "kurnia yg memuaskan Rasulullah s.a.w. " ini benar2 berisi janji yg sgt membahagiakan . Ayat ini seolah-olahmemberi jaminan bahawa semua umat Islam tidak akan kekal di dalam neraka, kerana Rasulullah s.a.w. tidak akan puas selagi masih ada umatnya yg tertinggal di dalm neraka, walau hanya seorang sahaja.

BENTUK2  SYAFAAT :
> Bentuk yg pertama dan terbesar adalah syafaat yg melepaskan seluruh makhluk daripada seksaan zahir dan batin sementara menunggu bermula proses perhitungan ( hisab). Dalam Sahih al-Bukhari daripada Ibn Umar katanya : " Pada hari kiamat nanti, seluruh umat manusia datang kepada nabinya dan berkata : 'Wahai tuan, berikanlah syafaat.' Mereka terus mendatangi satu-persatu nabi sehingga berakhir kepada Muhammad s.a.w..

> Bentuk kedua ialah syafaat Rasulullah s.a.w untuk orang yg pahala mereka sama berat dengan dosa mereka, maka mereka diperkenankan untuk masuk syurga.

> Bentuk yg ketiga ialah syafaat Baginda untuk orang yg diperintahkan untuk masuk neraka, agar dibatalkan perintah itu.

> Bentuk keempat, syafaat Baginda untuk meninggikan darjat ahli syurga meskipun amalan mereka tidak mencukupi untuk memperoleh darjat tersebut. 

 > Bentuk kelima, iaitu syafaat Baginda untuk memasukkan orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud : "Aku meminta kepada Allah, lalu Allah berjanji akan memasukkan 70 ribu umatku ke dalam syurga tanpa hisab. Wajah mereka seperti bulan purnama. Aku meeminta agar ditambah bilangan ini, maka Allah menambah bersama setiap seribu orang, 70 ribu orang ".

> Bentuk keenam ialah syafaat Baginda untuk meringankan seksaan yg diterima Abu Talib di dalam neraka. Beliau adalah bapa saudara Nabi s.a.w yg gigih membela Baginda, namun meninggal dunia tanpa mengucapkan syahadat. 

> Bentuk ketujuh iaitu syafaat Baginda untuk memohon agar Allah memperkenankan seluruh ahli syurga masuk ke dalam syurga .

> Bentuk kelapan ialah syafaat Baginda untuk mengeluarkan para pelaku dosa besar dari neraka. Hadis2 berkaitan dengan bentuk syafaat ini begitu banyak dan mencapai darjat mutawatir. Satu persatu umat Rasulullah s.a.w. dikeluarkan daripada neraka sesuai dengan kadar tauhid yg terdapat dalam hati mereka . Semakin besar keimanan mereka semakin cepat mereka dikeluarkan . dan orang yg terakhir keluar ialah orang yg hanya memiliki iman hanya sebesar biji sawi sahaja.

Syafaat Rasulullah s.a.w. begitu banyak dan bermacam-macam bentuk. Syafaat ini insya-Allah akan meliputi setiap orang yg pernah mengucapkan dua kalimat syahadat dengan penuh keikhlasan. Bersabda Nabi s.a.w. yg bermaksud : " Orang yg paling dekat dgnku pd hari kiamat nnti adalah org yg paling banyak berselawat kepadaku". ( Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Mas'ud )
Wallahu a'lam.....

2 comments:

  1. agak2 kita manusia akhir zaman ni layak tak dpt syafaat baginda???
    sama2 lah kita sentiasa muhasabah dan perbaiki diri kita bersama!!

    ReplyDelete