Monday, February 28, 2011

DUNIA ISYARAT ELEKTRIK ?!!!!

Entry kali ni pasal...SAINS + CERITA + ISLAM...

Secara umumnya, kita dikurniakan 5 pancaindera sejak lahir....

1-Mata
-melaluinya kita dapat melihat
-tatkala kita melihat epal yg berwarna merah, sebenarnya isyarat elektrik telah dihantar kepada otak yg menginterpretasikan benda tuu sebagai 'warma merah'.
-tetapi, sekiranya seseorg itu melihat epal yg merah, tidak mustahil dia boleh melihatnya sebagai 'hijau' atau warna lain....ini dikenali sebagai rabun warna yg disebabkan kesilapan otak mentafsir isyarat elektrik td

2-Telinga
-melaluinya kita dapat mendengar
-bila mendengar sesuatu bunyi, isyarat elektrik dr gegendang telinga akan dihantar ke otak utk ditafsirkan...
-sekiranya kira mndengar bunyi yg baru, seperti suara org yg bru saja kita jumpa, otak akan menyimpan maklumat mengenai nada suara orang tersebut....oleh sbb itu, bile kita terdengar suara org itu pd masa akan dtg, kita boleh mngecamnya tanpa melihat wajah org tersebut....sbb otak kita dah ada 'file' tentang suara tersebut...

3-Lidah
-melaluinya kita dapat merasa
-pahit,manis,masam,masin.....suma tu ditafsirkan oleh otak melalui isyarat elektrik yg dijana oleh reseptor lidah

4-Sentuhan
-melaluinya kita dapat merasai kerasnya batu, panasnya api, lembutnya bantal.....
-dgn mengetahui keras, lembut, atau kasarnya sesuatu objek itu, kita dpt rasa lebih "feel" dalam kehidupan

5-Hidung
-reseptor yg ada di rongga hidung akan menghantar isyarat kpd otak untuk ditafsirkan sebangai wangi, busuk, dan seterusnya memberi kita rangsangan untuk bertindak balas terhadap bau itu.
-Cth: kalau kita terhidu bau gas , kita akan mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku kebakaran atau letupan...tp sebelum tu, otak mestilah didedahkan dengan bau gas terlebih dahulu agar dapat disimpan sebagai maklumat....

Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa "manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan", nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini.
 
 Skarang, cuba bayangkan...anda sedang berjalan-jalan di tepi pantai....tp, saraf yg menghubungkan deria sentuhan kepada otak telah rosak...apa agaknya yg anda rasakan?????? Anda pasti tidak dapat merasai sejuknya air pantai, lembutnya pasir yg anda pijak, dan dinginnya bayu yg bertiup...Perkara sama berlaku bila kita makan coklat tp saraf yg mnghubungkan deria rasa dgn otak tidak bersambung. Outputnya, kita tidak akan dpt membezakan coklat yg dimakan itu dengan makanan lain...sume same...takde rase...hm... Pendek kata kalau isyarat elektrik ini tidak dapat kita tafsirkan dengan baik...kita akan hidup tp xde 'feel' ....

Tp kalau begitu, adakah bermakna otak juga sebuah persepsi isyarat elektrik????
 
Otak juga adalah sejenis persepsi. Ia adalah pepejal daging yang kita terima melalui deria. Seumpama kebendaan lain yang kita anggap kewujudannya di dunia luar, maka demikian jugalah otak sebenarnya adalah sekadar sebuah ilusi. Sekiranya hal ini yang realiti, maka apakah yang menerima segala-galanya, yang melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa, sekiranya bukan otak?

Satu fakta yang jelas, status kewujudan manusia iaitu makhluk yang memiliki fungsi sedar yang dapat melihat, berfikir dan memanfaatkan akal fikiran, adalah lebih dari sekadar longgokan atom dan molekul. Apa yang terkandung dalam tubuh individu setiap manusia adalah 'roh' yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. Sekiranya tidak, adalah amat jelas tidak masuk akal untuk menyifatkan fungsi sedar tersebut dan kemampuan intelek yang lain kepada otak ; sebungkus pepajal daging seberat tiga paun yang pada asasnya juga adalah sejenis persepsi.....

Memandangkan manusia adalah lebih dari sekadar selonggok daging iaitu sebuah 'roh', maka siapakah yang menyebabkan roh ini mampu menerima seluruh himpunan persepsi yang kita panggil dunia luar? Yang terus menerus mencipta semua imej persepsi tanpa berhenti?
Jawapannya adalah jelas, Allah s.w.t yang meniupkan roh yang diciptakan-Nya ke dalam manusia dan Dialah Maha Pencipta segala-galanya. Dia juga adalah sumber hakiki bagi seluruh himpunan persepsi-persepsi. Setiap yang wujud bergantung kepada penciptaan-Nya. Allah memaklumkan manusia bahawa Dia sentiasa meneruskan penciptaan-Nya dan bahawa segala-galanya akan lenyap musnah di saat Dia memberhentikan ciptaan-Nya......

WAALLAHUA'LAM ....





2 comments:

  1. manusia adalah sebaik-baik ciptaan
    n otak pulak "main chief" kpd manusia. :)

    ReplyDelete
  2. short remembrance:
    life is just a game all of us must play,
    run, throw everyone follow,
    that's why we assumed everything is REAL but it actually just an IMAGE...
    it rotate over and over until the END come.
    Yet, we ought to live in this life and do our part.... as KHALIFAH in this world.. until HE called us back to our righteous place...
    until then keep moving forward and never ever turn our back from ISLAM, AKIDAH, TAUHID, SYARIAH and the most important ALLAH S.W.T

    ReplyDelete