Friday, November 11, 2011

HATI, HEART, QALBI,

BISMILLAH..

Sy ingin brkongsi tentang analogi sekeping hati yg sgt bernilai pd setiap individu ..
Hati ini ibarat sebuah kota..



"Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal daging yang apabila dia baik maka akan baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka akan buruklah seluruh jasad. Itulah hati.”

[ dHR. Bukharian Muslim]

Hati ini sy ibaratkan sebuah kota yang dibenteng dengan rapi.
Di sepanjang benteng tersebut terdapatnya beberapa pintu yg dikawal oleh pnjaga hati ..
Penjaga ini saya maksudkan IMAN..yg mna IMAN ini akan mengawal KOTA hati dan penduduk di dalamnya iaitu AKAL drpd ancaman musuh luar iaitu SYAITAN dan bala tenteranya NAFSU…

Syaitan dan sekutunya akan sentiasa mencuba untuk mencerobohi KOTA HATI ini seterusnya mrosakkan  penduduk kota iaitu AKAL… sekirnya ini berlaku, maka seseorg itu akan berkelakuan buruk, kerana AKALnya telah diserang…

Caranya simple sahaja…Syaitan/nafsu akan membuat kepulan2 asap drpd luar(hasil drpd dosa yg dilkukan) shingga asap tebal mnyelubungi seluruh kota..akibatnya, pengawal hati tdak dpt mlihat kedatangan musuh, seterusnya tidak dpt mnjaga penduduk kota..namun, kota hati ini akan tetap diterangi cahaya seandainya ZIKIR dan AMAL SOLEH sentiasa dijadikan amalan… Dalam pertempuaran antara IMAN dan NAFSU ini, ada kala IMAN akan menang juga sebaliknya..




 "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."


WALLAHUA'LAM

‘’Setelah selesai peperangan Badar dengan kemenangan dipihak Islam, maka berjalanlah Rasulullah SAW dengan sahabat menuju ke perkampungan mereka. Dalam perjalanan itulah terjadi dialog antara baginda Rasul dan para sahabatnya. Kita baru balik dari satu medan peperangan yang kecil menuju ke satu peperangan yang maha besar, kata Rasulullah. Maka keherananlah para sahabat lantas mereka bertanya, Peperangan apa ya Rasulullah? Jawab baginda Mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu)- Riwayat Baihaqi’’


Nabi s.a.w. mengajar kita agar menjauhi daripada: mendengar perkara-perkara yang dibenci oleh Allah, melihat perkara-perkara yang dibenci Allah, bercakap perkara-perkara yang dibenci Allah dan apa sahaja yang menjurus kepada maksiat.